Skip to main content

MPKL


Kod & Amalan

QE MPKL

Pengenalan 5S

Amalan 5S merupakan amalan yang praktikal lagi sistematik ini bertujuan untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih selesa dan membina proses kerja lebih produktif dan menguntungkan. Amalan 5S terdiri daripada lima (5) perkataan Bahasa Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.

Perkataan Maksud
Seiri - Sisih Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja
Seiton - Susun Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.
Seiso - Sapu Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
Seiketsu - Seragam Seragam dan memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri, Seiton dan Seiso dengan berkesan.
Shitsuke - Sentiasa Amal Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
Kod Etika MPKL
  • Memberikan layanan mesra, bersopan santun, berbudi bahasa dan penuh kesabaran.
  • Memberikan layanan yang sama rata kepada pelanggan tanpa mengira kedudukan.
  • Memastikan pelanggan diberi perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti.
  • Bekerja dengan penuh kemesraan dan semangat kekeluargaan antara semua kakitangan.
  • Menanamkan sikap positif dan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi untuk memajukan organisasi.
  • Sentiasa menjaga tingkah laku yang baik sebagai seorang penjawat awam dan menjaga imej jabatan.
  • Sentiasa mematuhi peraturan dan menghargai masa bekerja.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni, jujur, telus dan amanah.
  • Sentiasa menjaga kerahsiaan jabatan.
  • Memastikan persekitaran tempat kerja yang selesa, kondusif dan selamat.