Skip to main content

Aplikasi Mudah Alih


SMART Cukai MPKL

Aplikasi mudah alih SmartCukai MPKL yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat adalah salah satu inisiatif baharu untuk menyediakan saluran bayaran dan semakan dalam talian melalui penggunaan telefon pintar sahaja sejajar dengan perubahan teknologi semasa. SmartCukai MPKL ini diwujudkan bagi memudahkan pemegang harta di dalam Daerah Kuala Langat menjelaskan cukai taksiran secara atas talian pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal dengan pelbagai saluran pembayaran disediakan antaranya ialah melalui FPX dan Online Banking.

Terma & Syarat

Terma & Syarat
Di bawah adalah syarat – syarat penggunaan serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di aplikasi mudah alih ini. Sekiranya anda mengakses aplikasi mudah alih ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat – syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan / atau penggunaan aplikasi mudah alih ini. Syarat – syarat ini akan menggantikan syarat – syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi aplikasi mudah alih ini. Penggunaan dan / atau akses anda
kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat – syarat ini.

Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawabke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada aplikasi mudah alih ini;
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di aplikasi mudah alih ini; atau
  5. Perkara – perkara lain yang berkaitan dengan aplikasi mudah alih ini.

Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan – bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan
penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan
Kami boleh menamatkan akses anda ke mana – mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana – mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta – merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi mudah alih menerusi akaun tersebut bagi suatu tempohntertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana – mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan Kepada Syarat – Syarat Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat – syarat ini pada bila – bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan aplikasi mudah alih atau dalam keadaan di luar kawalan, dimana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat – syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat – syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat – syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat – syarat ini.

Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila – bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana – mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum
Tajuk – tajuk yang digunakan di bawah syarat – syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat – syarat ini. Sekiranya mana – mana peruntukan syarat – syarat ini menyalahi undang – undang atau tidak sah di sisi undang – undang atau peraturan – peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat – syarat ini akan ditafsirkan seolah – olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat – syarat ini bersama – sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang – undang atau yang tidak sah.

Bantuan

Jika ada sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Bahagian Hasil MPKL di talian 03-38530303 (1213) atau Whatsapp 019-4716755 serta melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.