MPKL
Perutusan YDP
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman sesawang Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL). Semoga seluruh warga Kuala Langat sentiasa dalam perlindungan Allah swt dan sihat sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita diberi kemudahan dan kesempatan untuk menggunakan kemudahan internet sebagai wadah mendapatkan dan menyampaikan informasi yang terkini. Alhamdullilah MPKL telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Majlis Perbandaran pada 9 September 2020.
Sebagai pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap keselesaan, keharmonian dan kesejahteraan penduduknya, pelbagai usaha dilakukan untuk memperindah kawasan-kawasan MPKL. Pada masa kini, penumpuan sedang diberi terhadap pembangunan dan menaik taraf infrastruktur serta kemudahan seperti, pencahayaan dalam kawasan-kawasan perbandaran, pembinaan dan menaik taraf taman-taman awam dan kemudahan-kemudahan rekreasi lain untuk keselesaaan warga Kuala Langat khasnya.
Selain daripada itu, pada ketika ini umum mengetahui bahawa kita belum menang dalam melawan pandemik covid-19. Oleh yang demikian, saya juga menyeru kepada semua masyarakat khasnya warga Kuala Langat agar kita sama-sama membendung dan mengawal penularan wabak Covid-19. Amalkan 3W iaitu cuci (wash) tangan dengan air dan sabun. Pakai (wear) pelitup muka apabila berada di tempat awam. Amaran (Warn) iaitu jangan bersalaman, sentiasa duduk di rumah dan dapatkan rawatan segera jika bergejala. Patuhi arahan dan SOP yang telah dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Akhir kata, saya amat berharap agar seluruh warga daerah Kuala Langat menjaga keharmonian dah kesejahteraan bersama-sama serta menjalani kehidupan dengan norma baharu. Saya juga berharap agar semua maklumat yang diperolehi di dalam laman sesawang MPKL ini dapat memberi informasi yang berguna kepada semua.
Sekian, terima kasih.
“Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari”
YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, S.M.S.
Majlis Perbandaran Kuala Langat