MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
Senarai Kawasan Industri
Terdapat banyak perindustrian kecil di Kuala Langat yang diusahakan oleh penduduk kampung. Produk yang dihasilkan dipasarkan di sekitar Daerah Kuala Langat dan sekitar Lembah Klang. Produk yang dihasilkan berasaskan makanan seperti kerepek dan biskut. Produk makanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya apabila menjelang musim perayaan.
![]() | Perniagaan Usaha Warisan |
![]() | Fazz Enterprise (M) Sdn. Bhd |
Perusahaan Tempe | |
Up Town Banting | |
QINGREN QIAO LOCAL PRODUCTS SHOP Menjual pelbagai jenis cenderamata dan makanan ringan dari laut |
Di Daerah Kuala Langat, terdapat pelbagai pilihan restoran untuk disinggah bagi menikmati hidangan-hidangan yang lazat lagi enak. Antara yang popular di Daerah Kuala Langat adalah restoran makanan laut yang terdapat di Pekan Tanjung Sepat, Batu Laut dan Pulau Carey. Selain daripada makanan laut, terdapat satu lagi hidangan yang tidak kurang popularnya di Jugra, iaitu Beggar's Chicken atau dikenali sebagai 'Hak Yi Gai' dalam bahasa Cina |
Tanjung Sepat, Kelanang, Kanchong Laut, Batu Laut Kg. Kundang, Tongkah dan Permatang Pasir adalah merupakan perkampungan nelayan yang terdapat di Daerah Kuala Langat. Kebiasaannya para nelayan akan membawa hasil tangkapan ke darat pada waktu pagi. Ramai penduduk sekitar yang pergi membeli hasil tangkapan laut pada waktu tersebut kerana ikan yang masih segar dan lebih murah harganya berbanding membeli di pasar. Antara ikan-ikan yang popular adalah ikan parang, ikan tenggiri, kembong, ikan merah, gelama dan lain-lain lagi.
![]() | ![]() | ![]() |
Jeti Tongkah | Jeti Tanjung Sepat | Jeti Kelanang |