Pantai Cunang
📍Kampung Orang Asli, Tanjung Sepat, 42800 Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
Pantai Cunang ialah pantai yang terbentuk akibat tsunami pada 2004 di Tanjung Sepat, Kuala Langat. Ia dinamakan oleh Orang Asli yang bermaksud tenang dan damai. Ia memenangi anugerah Pantai Angkat Terbaik 2015 kerana keunikan dan keindahannya. Ia juga tempat untuk melihat ketam dan ikan belacak. Ia mempunyai rumah tradisi Orang Asli tetapi tiada gerai atau kedai makan.
Alamat Lokasi
Kampung Orang Asli, Tanjung Sepat, 42800 Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
Maklumat Perhubungan
Puan Serry
019-6731344
019-6731344
Kemudahan
- Tandas
- Kaunter Bayaran
- Gelanggang Futsal
- Bakau Trail
- Gazebo
- Tempat Penyediaan Sumber Air Bersih dan Lampu Solar
- Tempat Letak Kenderaan
- Aktiviti Program Family Day dan Sukaneka
- Ruang Informasi Pelancongan
Waktu Beroperasi
Tidak tertakluk pada masa tertentu.
Bayaran
Dewasa: RM 1.00
Parking: RM 2.00
Tandas: RM0.50 - RM1.00
Tapak perkhemahan: RM10.00
Parking: RM 2.00
Tandas: RM0.50 - RM1.00
Tapak perkhemahan: RM10.00
Fakta Menarik
- Pantai Cunang diperihara oleh komuniti Mah Meri yang tinggal di kampung Koi, Pantai Cunang. Pantai ini memiliki beting pasir dan pasir yang putih.
- Terdapat hutan bakau dan kebun pokok casuarina yang lebat. Pantai ini juga dihiasi dengan kraftangan daripada bahan-bahan terbuang dan terdapat juga deretan pondok-pondok yang dihias dengan daun pandan yang ditenun dengan cantik.