MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT
Menilai pegangan bercukai di dalam kawasan MPKL bagi tujuan cukai taksir dan ‘Sumbangan Membantu Kadar’ bagi harta-harta Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta menguruskan sewaan premis dan kemudahan awam MPKL.
Mengurus dan memproses semua jenis permohonan kelulusan pelan bangunan sehingga CCC dan menjalankan kerja-kerja kawalan serta penguatkuasaan bangunan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 987 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
Merancang, merangka dan mengawal pembangunan landskap meliputi kawalan rekabentuk serta memastikan penyelenggaraan landskap, pokok ameniti, kemudahan riadah dalam keadaan baik serta menyelaras persiapan logistik bagi program MPKL, Daerah dan Kebangsaan.
Melaksanakan dan memberi perkhidmatan yang cekap, bersih dan bermutu di samping memelihara kesihatan dan keselesaan penduduk seperti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pemeriksaan penggredan premis dan tandas awam serta aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit demam denggi, haiwan liar dan kacau ganggu.
Mentadbir pelaksanaan peruntukan-peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Peraturan-Peraturan Strata 2015 di kawasan pemajuan berstrata.
Melaksanakan, menyelenggara, mengawal selia sistem ICT dan memantau segala perolehan ICT.