MENU
» Piagam Pelanggan MDKL » Jabatan Penguatkuasaan
» Jabatan Khidmat Pengurusan » Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran
» Jabatan Perbendaharaan » Cawangan Bandar Saujana Putra
» Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta » Unit Perundangan
» Jabatan Perlesenan » Unit Audit Dalam
» Jabatan Perancangan Pembangunan » Unit Pusat Setempat
» Jabatan Kejuruteraan » Unit Korporat dan Perhubungan Awam
» Jabatan Kawalan Bangunan » Unit Perolehan dan Ukur Bahan
» Jabatan Landskap » Unit Pesuruhjaya Bangunan
» Jabatan Pembangunan Masyarakat » Bahagian Teknologi Maklumat

 

PIAGAM PELANGGAN MDKL

  1. Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak jabatan, masyarakat dan negara.
  2. Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  3. Menilai Cukai Taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MDKL dengan cekap.
  4. Mengawal segala bentuk aktiviti perniagaan menerusi suatu sistem yang efisien serta melaksanakan kerja yang berkualiti, terkawal dan terjamin.
  5. Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah dengan menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial serta pemuliharaan alam sekitar.
  6. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan prasarana dan infrastruktur dengan cara yang terbaik untuk keselesaan penduduk.
  7. Memastikan Pelan Bangunan Baru dan Ubah Suai diproses dengan cekap dan efisien.
  8. Pembangunan dan penyelenggaraan landskap yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran indah selaras dengan konsep ‘Bandar Dalam Taman’.
  9. Melaksanakan program-program mesra rakyat untuk kesejahteraan penduduk Kuala Langat.
  10. Memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
  11. Memastikan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
  12. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan.
  13. Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada piawaian yang diterima umum.
  14. Menjaminkan layanan yang mesra dalam pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan.
  15. Memastikan badan pengurusan mengurus dan menyenggara harta bersama dalam kawasan pemajuan berstrata dengan baik dan memuaskan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pengurusan Strata 2013.
  16. Melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran selesa, harmoni dan sejahtera.
  17. Komited dalam memberikan perkhidmatan perolehan dan sebut harga berteraskan kepada pekeliling yang telah ditetapkan.
  18. Membangun, mentadbir dan mengurus Bandar Saujana Putra bagi pihak MDKL untuk menjadi bandar lestari, mampan bagi peningkatan kualiti hidup, memantapkan sumber hasil dan memperkasa tadbir urus MDKL.
  19. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.