LOKASI MUZIUM DI NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN MPKL

  1. Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak jabatan, masyarakat dan negara.
  2. Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
  3. Menilai Cukai Taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MPKL dengan cekap.
  4. Mengawal segala bentuk aktiviti perniagaan menerusi suatu sistem yang efisien serta melaksanakan kerja yang berkualiti, terkawal dan terjamin.
  5. Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah dengan menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial serta pemuliharaan alam sekitar.
  6. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan prasarana dan infrastruktur dengan cara yang terbaik untuk keselesaan penduduk.
  7. Memastikan Pelan Bangunan Baru dan Ubah Suai diproses dengan cekap dan efisien.
  8. Pembangunan dan penyelenggaraan landskap yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran indah selaras dengan konsep ‘Bandar Dalam Taman’.
  9. Melaksanakan program-program mesra rakyat untuk kesejahteraan penduduk Kuala Langat.
  10. Memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
  11. Memastikan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti.
  12. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan.
  13. Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada piawaian yang diterima umum.
  14. Menjaminkan layanan yang mesra dalam pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan.
  15. Memastikan badan pengurusan mengurus dan menyenggara harta bersama dalam kawasan pemajuan berstrata dengan baik dan memuaskan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pengurusan Strata 2013.
  16. Melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitaran selesa, harmoni dan sejahtera.
  17. Komited dalam memberikan perkhidmatan perolehan dan sebut harga berteraskan kepada pekeliling yang telah ditetapkan.
  18. Membangun, mentadbir dan mengurus Bandar Saujana Putra bagi pihak MPKL untuk menjadi bandar lestari, mampan bagi peningkatan kualiti hidup, memantapkan sumber hasil dan memperkasa tadbir urus MPKL.
  19. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

Penyediaan sumber manusia yang terlatih dan terbaik berasaskan budaya kerja cemerlang bagi memenuhi kehendak jabatan, masyarakat dan negara. Ke arah itu kami berjanji:

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM

  1. Mengedarkan surat-surat ke jabatan-jabatan MPKL dalam tempoh 1 hari dari tarikh diterima.
  2. Mengeluarkan Notis Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis dalam tempoh 3 hari sebelum mesyuarat.
  3. Tempahan kenderaan jabatan diuruskan dalam tempoh 1 hari selepas permohonan diluluskan.
  4. Menguruskan permohonan kelulusan kemudahan dan bayaran insentif dalam tempoh 7 hari bekerja.

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

  1. Menguruskan pengambilan kakitangan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan.
  2. Kursus/Latihan kepada kakitangan secara dalaman akan diadakan sekurang-kurangnya 5 kali setahun dan direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan dalam tempoh 2 bulan selepas menghadiri kursus/ latihan.
  3. Urusan persaraan diproses dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh persaraan.

JABATAN PERBENDAHARAAN

Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Menerima dan menyelesaikan terimaan bayaran di kaunter dalam tempoh 3 minit.
  2. Menguruskan semakan akaun cukai taksiran dalam tempoh 5 minit.
  3. Mencetak bil gantian cukai taksiran dalam tempoh 5 minit.
  4. Memastikan bil-bil cukai taksiran dihantar sebelum 25 Januari setiap tahun penggal pertama dan sebelum 25 Julai bagi penggal kedua.
  5. Membuat kenaan notis lewat cukai taksiran (Borang E) awal bulan Mac bagi setengah tahun pertama dan awal bulan September bagi setengah tahun kedua setiap tahun.
  6. Bayaran kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh 7 hari bekerja sekiranya dokumen yang diterima daripada jabatan dalaman lengkap.
  7. Memastikan Penyata Kewangan disediakan dan diserahkan kepada Jabatan Audit Negara sebelum atau pada 30 April setiap tahun.

JABATAN KEJURUTERAAN

Menyediakan dan menyelenggara kemudahan prasarana dan infrastruktur dengan cara yang terbaik untuk keselesaan penduduk. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Membuat pemeriksaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan ke atas infrastruktur dan prasarana milik MPKL dalam tempoh 2 hari bekerja selepas menerima aduan.
  2. Melaksanakan kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan (pot hole) dan lampu awam dalam tempoh 2 hari bekerja selepas menerima aduan.
  3. Menguruskan permohonan kelulusan pelan kerja tanah, jalan dan saliran serta lampu awam dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas penerimaan permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC).
  4. Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh 5 hari bekerja selepas penerimaan tuntutan yang lengkap.

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah dengan menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial serta pemuliharaan alam sekitar. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Memastikan Permohonan Pelan Alamat diangkat ke Mesyuarat JKOSC dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC) sekiranya lengkap.
  2. Memastikan Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur diangkat ke Mesyuarat JKOSC dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC) dan tiada bantahan daripada lot bersempadanan.
  3. Memastikan Permohonan Kebenaran Merancang Membuat Perubahan Material Kegunaan Bangunan diangkat ke Mesyuarat JKOSC dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC) dan tiada bantahan daripada lot bersempadanan.
  4. Memastikan Permohonan Ulasan Pecah Bahagian Tanah, Pecah Sempadan Tanah Dan Pelupusan Secara Pemberimilikan Tanah Kerajaan Dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  5. Memastikan Permohonan Pembelian Pelan diuruskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  6. Memastikan Permohonan Pelekat Kenderaan Orang Kurang Upaya Negeri Selangor Darul Ehsan diuruskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 hari bekerja.

PERHUBUNGAN AWAM DAN KORPORAT

Menjaminkan layanan yang mesra di dalam pengurusan pentadbiran yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap masalah pelanggan. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Memastikan semua Jabatan, Bahagian dan Unit dalam Majlis Perbandaran Kuala Langat mengambil tindakan susulan terhadap aduan pelanggan dalam masa empat belas (14) hari bekerja.
  2. Memastikan Buletin MPKL diterbitkan dalam tempoh 4 kali setahun.
  3. Memastikan keratan akhbar berkaitan MPKL diberi maklumbalas dengan baik dan berkesan dalam tempoh 5 hari dan dihantar kepada media dalam tempoh 1 hari dari tarikh kelulusan YDP/TYDP.
  4. Memastikan pengendalian kajian tahap kepuasan pelanggan
  5. dilaksanakan 2 kali setahun dalam Mesyuarat Pagi/Pengurusan.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Kami berjanji akan:-

  1. Melaksanakan program-program mesra rakyat yang merangkumi aspek-aspek kemasyarakatan dan sosial, belia, sukan, kebudayaan dan pelancongan ke arah kesejahteraan penduduk Kuala Langat.
  2. Memberi ulasan permohonan kelulusan peruntukan kewangan untuk program-program Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dalam tempoh 5 hari bekerja.

JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Menilai Cukai Taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MPKL dengan cekap. Ke arah itu kami berjanji :

  1. Pemilik pegangan akan diberi notis tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pindaan senarai nilaian dikeluarkan.
  2. Semua bantahan ke atas pindaan senarai nilaian akan didengar dan dipertimbangkan 2 kali setahun.
  3. Menguruskan pengesahan cukai taksir dan kemaskini maklumat pegangan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  4. Memproses permohonan penyewaan kemudahan awam dan kelengkapan peralatan dalam tempoh 5 hari bekerja.
  5. Memproses permohonan penyewaan premis perniagaan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  6. Memastikan penyediaan dan penghantaran bil tuntutan sewa bulanan harta-harta majlis kepada penyewa premis dikeluarkan pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan.

JABATAN KAWALAN BANGUNAN

Memastikan Pelan Bangunan Baru dan Ubah Suai diproses dengan cekap dan efisien. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Mengemukakan Ulasan Pelan Bangunan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen daripada OSC.
  2. Memastikan permohonan kelulusan bagi cadangan tambahan dan ubah suai bangunan kediaman melalui Pelan Setara pada rumah kediaman sedia ada dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  3. Memastikan permohonan kelulusan bagi cadangan tambahan dan Ubahsuai bangunan kediaman melalui Arkitek/ Principal Submitting Person (PSP) berdaftar dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  4. Permohonan bayaran balik wang perkhidmatan pelupusan sisa binaan oleh pemohon (jika ada lebihan) diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima sebelum dihantar ke Jabatan Perbendaharaan.
  5. Setiap aduan awam akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

JABATAN LANDSKAP

Pembangunan dan Penyelenggaraan landskap yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran indah selaras dengan konsep `Bandar Dalam Taman’. Ke arah itu kami berjanji:-

  1. Permohonan pelan landskap diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam tempoh 21 hari bekerja.
  2. Membuat lawatan ke lokasi aduan dalam tempoh 3 hari selepas menerima aduan.
  3. Memproses permohonan pelepasan cagaran / bon pelaksanaan dalam tempoh 14 hari bekerja.
  4. Mengeluarkan laporan sokongan Sijil Layak Menduduki / CCC dalam tempoh 14 hari bekerja.
  5. Mengeluarkan ulasan permohonan memasang khemah di kawasan padang rekreasi dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.
  6. Mengeluarkan ulasan permohonan membina landskap / mengubah landskap di kawasan bahu jalan rumah dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

JABATAN PERLESENAN

Mengawal segala bentuk aktiviti perniagaan menerusi suatu sistem yang efisen serta melaksanakan kualiti kerja terkawal dan terjamin. Ke arah itu kami berjanji :

  1. Memproses, mempertimbangkan dan meluluskan permohonan lesen perniagaan yang telah mematuhi syarat teknikal dan kehendak perundangan yang diguna pakai dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
  2. Memproses kelulusan permohonan permit dan lesen serta merta yang lengkap dan patuh kepada dasar serta kehendak perundangan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  3. Menguruskan dan memproses pembaharuan lesen atau permit perniagaan dalam tempoh tiga puluh (30) minit.
  4. Meluluskan dan memproses permohonan bayaran balik cagaran pematuhan lesen dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

JABATAN PENGUATKUASAAN

Memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Menjalankan tindakan penguatkuasaan rondaan harian sekurang-kurangnya seribu sembilan ratus dua puluh (1920) kali setahun.
  2. Memastikan tindakan setiap aduan awam disiasat dalam tempoh 3 hari.
  3. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan jabatan dan agensi lain dua belas (12) kali setahun.
  4. Memproses permohonan petak parkir khas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  5. Program operasi berjadual untuk meningkatkan kesedaran penguatkuasaan undang-undang tiga ratus lima puluh (350) kali setahun.

JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN KESIHATAN PERSEKITARAN

Melaksanakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkualiti bagi mewujudkan persekitran selesa, harmoni dan sejahtera. Kearah itu kami berjanji:

  1. Memastikan kerja-kerja kutipan sisa domestik di kawasan perumahan dilakukan 3 kali seminggu dan kawasan komersial dilakukan setiap hari.
  2. Memastikan kerja-kerja pembersihan longkang di kawasan perumahan dan komersial dilakukan sebulan sekali manakala kerja-kerja pemotongan rumput dilakukan 2 kali sebulan.
  3. Memastikan kebersihan premis makanan mengikut piawaian kesihatan ditahap minima 71%.
  4. Setiap aduan awam yang diterima dianggap benar dan menyiasat mengikut keutamaan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  5. Menjalankan aktiviti kawalan penyakit berjangkit bawaan vektor dan lain-lain penyakit dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima laporan.

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kami berjanji akan:

  1. Memastikan penyelenggaraan dan kerosakan perkakasan komputer dibaik pulih dalam tempoh 3 hari dari tarikh pemakluman aduan kerosakan.

UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC)

Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Edaran online dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan di kaunter OSC.
  2. Penyediaan surat edaran permohonan kepada pemohon dan agensi teknikal selewat-lewatnya 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
  3. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa OSC kepada pemohon dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat.

 

UNIT AUDIT DALAM

Menjalankan pengauditan secara professional berpandukan kepada piawaian yang diterima umum. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan termasuk auditan mengejut sekurang-kurangnya 8 kali setahun bagi memastikan pengurusan kewangan mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan serta memastikan sistem kawalan dalaman MPKL adalah boleh dipercayai dan berkesan.
  2. Melaksanakan pengauditan prestasi sekurang-kurangnya 5 kali setahun bagi memastikan pengurusan aktiviti-aktiviti jabatan diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
  3. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit sekurang-kurangnya 3 kali setahun untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh unit audit dalam atau Jabatan Audit Negara dan memastikan tindakan preventive dan corrective diambil oleh pihak pengurusan audit supaya kelemahan-kelemahan berkaitan dapat diperbetulkan atau tidak berulang.

 

UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Memastikan badan pengurusan mengurus dan menyenggara harta bersama dalam kawasan pemajuan berstrata dengan baik dan memuaskan selaras dengan peruntukan dalam Akta Pengurusan Strata 2013 . Ke arah itu kami berjanji:

  1. Menyempurnakan pemfailan Jadual Petak dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.
  2. Menyiasat setiap aduan awam yang diterima dan memberi maklum balas dalam tempoh dua belas (12) hari bekerja.

 

UNIT PEROLEHAN DAN UKUR BAHAN

Komited dalam memberikan perkhidmatan perolehan dan sebut harga berteraskan kepada pekeliling yang telah ditetapkan. Kami berjanji akan :

  1. Menguruskan Proses Tender dan Sebutharga Bagi Perolehan Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan serta Sistem Laman Web Tender Selangor dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh penerimaan permohonan kerja awalan.
  2. Menguruskan dan Menyediakan Pembelian Secara Perolehan/Pesanan Kerajaan (LO) dalam tempoh empat belas (14) hari selepas notis perolehan lengkap dan diluluskan.

UNIT PERUNDANGAN

Memastikan perkhidmatan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Menyediakan bil bayaran kompaun dalam tempoh 5 minit.
  2. Memastikan setiap fail yang diterima dari jabatan didaftarkan ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh empat puluh lima (45) hari.
  3. Memastikan fail yang diterima dari Timbalan Pendakwa Raya didaftarkan ke Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari.
  4. Menyediakan dokumen perjanjian dalam tempoh 2 bulan dari terimaan arahan.
  5. Berusaha menghantar serah saman selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh sebutan kes.
  6. Menyediakan ulasan perundangan mengikut keperluan jabatan dalam tempoh 1 bulan.

PEJABAT CAWANGAN BANDAR SAUJANA PUTRA

Membangun, mentadbir dan mengurus Bandar Saujana Putra bagi pihak MPKL untuk menjadi bandar lestari, mampan bagi peningkatan kualiti hidup, memantapkan sumber hasil & memperkasa tadbir urus Majlis. Ke arah itu kami berjanji:-

  1. Menerima, menyiasat dan menyalurkan aduan yang diterima ke jabatan yang berkaitan dalam tempoh 3 hari bekerja.
  2. Menerima dan menyelesaikan terimaan bayaran dikaunter dalam tempoh 5 minit
  3. Mencetak bil gantian cukai taksiran dalam tempoh 5 minit.
  4. Menerima permohonan lesen premis perniagaan seperti lesen penjaja, iklan dan hiburan dalam tempoh 15 minit sekiranya lengkap.
  5. Menerima dan memproses permohonan pelan lakar /garis panduan kerja-kerja tambahan da ubahsuai pada bangunan kediaman sediada dikeluarkan dalam tempoh 7 hari bekerja sekiranya lengkap.

 

SALAM SEJAHTERAKAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

Borang Maklumbalas

splwpk-feedback-form splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Online Service PERKHIDMATAN DALAM TALIAN e-Taksiran MPKL
splwpk-procurement MyHRMIS Mobile