LOKASI MUZIUM DI NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH

Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis,
Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting.
Selangor Darul Ehsan.

  1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

* Nota : Bagi yang berkaitan sahaja

  1. Aset boleh dilihat pada 11 April 2023 di antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat.
  1. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
  1. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-

Unit Perolehan dan Ukur Bahan

Majlis Perbandaran Kuala Langat

Tingkat 1, Persiaran Majlis,

Jalan Sultan Alam Shah,

42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

  1. Tarikh tutup sebut harga pada 27 April 2023 jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan..
  1. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Bank Deraf sahaja atas nama MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT.
  1. Tawaran tanpa/ kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
  1. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
  1. MPKL ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  1. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  1. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.
  1. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 14 hari selepas bayaran penuh dijelaskan dan seterusnya menguruskan urusan pertukaran hakmilik aset (JPJ) termasuk urusan PUSPAKOM dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengambilan aset. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.
  1. Sebarang pertanyaan atau ingin membuat temujanji bagi melihat aset, sila hubungi nombor di talian 03-38530303 ext 2501/2502.

Nota : Syarat-syarat sebutharga boleh dipinda mengikut keperluan Kementerian/Jabatan.

Borang Maklumbalas

splwpk-feedback-form splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Online Service PERKHIDMATAN DALAM TALIAN e-Taksiran MPKL
splwpk-procurement MyHRMIS Mobile