JABATAN PERBENDAHARAAN
Menguruskan kewangan dengan cekap dan telus berpandukan Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Ke arah itu kami berjanji:
- Menerima dan menyelesaikan terimaan bayaran di kaunter dalam tempoh 3 minit.
- Menguruskan semakan akaun cukai taksiran dalam tempoh 5 minit.
- Mencetak bil gantian cukai taksiran dalam tempoh 5 minit.
- Memastikan bil-bil cukai taksiran dihantar sebelum 25 Januari setiap tahun penggal pertama dan sebelum 25 Julai bagi penggal kedua.
- Membuat kenaan notis lewat cukai taksiran (Borang E) awal bulan Mac bagi setengah tahun pertama dan awal bulan September bagi setengah tahun kedua setiap tahun.
- Bayaran kepada pembekal dan kontraktor dalam tempoh 7 hari bekerja sekiranya dokumen yang diterima daripada jabatan dalaman lengkap.
- Memastikan Penyata Kewangan disediakan dan diserahkan kepada Jabatan Audit Negara sebelum atau pada 30 April setiap tahun.