MENU
» Piagam Pelanggan MDKL » Jabatan Penguatkuasaan
» Jabatan Khidmat Pengurusan » Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran
» Jabatan Perbendaharaan » Cawangan Bandar Saujana Putra
» Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta » Unit Perundangan
» Jabatan Perlesenan » Unit Audit Dalam
» Jabatan Perancangan Pembangunan » Unit Pusat Setempat
» Jabatan Kejuruteraan » Unit Korporat dan Perhubungan Awam
» Jabatan Kawalan Bangunan » Unit Perolehan dan Ukur Bahan
» Jabatan Landskap » Unit Pesuruhjaya Bangunan
» Jabatan Pembangunan Masyarakat » Bahagian Teknologi Maklumat

 

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

Merancang pembangunan yang mampan dengan mengintegrasikan pembangunan guna tanah dengan menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial serta pemuliharaan alam sekitar. Ke arah itu kami berjanji:

  1. Memastikan Permohonan Pelan Alamat diangkat ke Mesyuarat JKOSC dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC) sekiranya lengkap.
  2. Memastikan Permohonan Kebenaran Merancang Pelan Susunatur diangkat ke Mesyuarat JKOSC dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC) dan tiada bantahan daripada lot bersempadanan.
  3. Memastikan Permohonan Kebenaran Merancang Membuat Perubahan Material Kegunaan Bangunan diangkat ke Mesyuarat JKOSC dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan dari Unit Pusat Setempat (OSC) dan tiada bantahan daripada lot bersempadanan.
  4. Memastikan Permohonan Ulasan Pecah Bahagian Tanah, Pecah Sempadan Tanah Dan Pelupusan Secara Pemberimilikan Tanah Kerajaan Dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
  5. Memastikan Permohonan Pembelian Pelan diuruskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh 1 hari bekerja.
  6. Memastikan Permohonan Pelekat Kenderaan Orang Kurang Upaya Negeri Selangor Darul Ehsan diuruskan secara teratur dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 hari bekerja.