JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA
Menilai Cukai Taksiran dengan adil dan saksama serta menguruskan penggunaan kemudahan harta MPKL dengan cekap. Ke arah itu kami berjanji :
- Pemilik pegangan akan diberi notis tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pindaan senarai nilaian dikeluarkan.
- Semua bantahan ke atas pindaan senarai nilaian akan didengar dan dipertimbangkan 2 kali setahun.
- Menguruskan pengesahan cukai taksir dan kemaskini maklumat pegangan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memproses permohonan penyewaan kemudahan awam dan kelengkapan peralatan dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Memproses permohonan penyewaan premis perniagaan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memastikan penyediaan dan penghantaran bil tuntutan sewa bulanan harta-harta majlis kepada penyewa premis dikeluarkan pada atau sebelum 7 haribulan setiap bulan.