JABATAN PENGUATKUASAAN
Memastikan tindakan penguatkuasaan undang-undang dijalankan secara adil dan berintegriti. Ke arah itu kami berjanji:
- Menjalankan tindakan penguatkuasaan rondaan harian sekurang-kurangnya seribu sembilan ratus dua puluh (1920) kali setahun.
- Memastikan tindakan setiap aduan awam disiasat dalam tempoh 3 hari.
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dengan jabatan dan agensi lain dua belas (12) kali setahun.
- Memproses permohonan petak parkir khas dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Program operasi berjadual untuk meningkatkan kesedaran penguatkuasaan undang-undang tiga ratus lima puluh (350) kali setahun.