JABATAN LANDSKAP
Pembangunan dan Penyelenggaraan landskap yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran indah selaras dengan konsep `Bandar Dalam Taman’. Ke arah itu kami berjanji:
- Permohonan pelan landskap diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bekerja.
- Memproses permohonan pelepasan cagaran / bon pelaksanaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sebelum diserahkan ke Jabatan Perbendaharaan.
- Mengeluarkan laporan sokongan Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Mengeluarkan ulasan permohonan penggunaan padang rekreasi dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Mengeluarkan ulasan permohonan membina landskap / mengubah landskap di kawasan bahu jalan rumah dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Mengeluarkan maklumbalas tindakan penyelesaian aduan awam dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.