JABATAN KAWALAN BANGUNAN
Memastikan Pelan Bangunan Baru dan Ubah Suai diproses dengan cekap dan efisien. Ke arah itu kami berjanji:
- Mengemukakan Ulasan Pelan Bangunan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen daripada OSC.
- Memastikan permohonan kelulusan bagi cadangan tambahan dan ubah suai bangunan kediaman melalui Pelan Setara pada rumah kediaman sedia ada dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Memastikan permohonan kelulusan bagi cadangan tambahan dan Ubahsuai bangunan kediaman melalui Arkitek/ Principal Submitting Person (PSP) berdaftar dikeluarkan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Permohonan bayaran balik wang perkhidmatan pelupusan sisa binaan oleh pemohon (jika ada lebihan) diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima sebelum dihantar ke Jabatan Perbendaharaan.
- Setiap aduan awam akan dijawab dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.